ABOUT DRAWING

ABOUT DRAWING
Posted by : Sketsa Wajah Jumat, 26 Juli 2013

 Mona Lisa la Gioconda & Leonardo di Ser Piero da Vinci 


Siapa sih yang tidak tahu Monalisa? Pasti pikiran kita mengarah pada sebuah lukisan perempuan cantik yang terkenal itu, Yah...MONA LISA adalah sebuah karya lukisan minyak abad ke-16 antara hasil karya agung Leonardo da Vinci, tokoh penting era Renaissance Eropah.
Lukisan ini adalah potret setengah panjang yang menggambarkan seorang wanita sedang duduk. Karya seni melukiskan seorang wanita misterius, ekspresi wajah penuh teka-teki,kekaburan ekspresi subjek dan bermacam lagi tanggapan yang telah memberikan sumbangan pada daya penarik para pengkaji meneruskan kajian tentang hasil seni ini yang dianggap lukisan paling terkenal di dunia dan menjadi pusat perdebatan seni, agama dan pelbagai teori. Hampir disepakati bahawa wanita di dalam potret itu adalah Lisa del Giocondo.

Dikatakan bahawa jika anda berjalan melintasi bilik sambil melihat ke dalam matanya, seakan-akan matanya mengikut pergerakan anda.



Mata yang didakwa mengekori sesiapa yang memandangnya sambil berjalan
 Lukisan cat minyak yang dikatakan BERNYAWA ini juga disebut sebagai La Gioconda atau La Joconde. Nama lukisan itu di ambil dari nama wanita yang menjadi model potret tersebut iaitu Lisa Gherardini, isteri seorang saudagar sutera kaya di Florence, Itali bernama Francesco del Giocondo. Mona bermaksud PUAN atau MADAM dalam bahasa Itali moden, sehingga tajuknya juga dikenal hanya MADAM LISA.
Sejarawan seni bersetuju bahawa kemungkinan Leonardo da Vinci mula melukis Mona Lisa dalam tahun 1503 dan di selesaikan dalam masa 4 tahun. Walaubagaimanapun ada pihak mendakwa bahawa lukisan tersebut TIDAK PERNAH disiapkan selepas itu kerana didapati ada beberapa KECACATAN pada lukisan tersebut yang mana subjek lukisan ini tidak mempunyai bulu kening dan latar belakang kelihatan terlalu pudar.


Leonardo di Ser Piero da Vinci
Pada tahun 1516 Raja Perancis,Raja Francois telah membeli lukisan itu dan didakwa bahawa selepas kematian Leonardo lukisan itu telah DIKERAT. Beberapa spekulator percaya bahawa lukisan yang asli mempunyai tiang-tiang di kedua-dua sisi subjek wanita itu. Manakala pengkritik-pengkritik seni lain pula percaya bahawa lukisan itu tidak pernah DIKURANGKAN saiznya.Ia telah disarankan terdapat 2 versi lukisan Mona Lisa, tetapi ramai ahli sejarah menolak versi yang kedua. Salinan versi pendua boleh didapati di Dulwich Picture Gallery.
Itali : La Gioconda | Perancis : La Joconde - terdapat 2 versi Potret 

Kerajaan Perancis ketika ini memiliki Mona Lisa dan diletakkan khas di muzium terkenal Perancis di bawah tajuk/title : PORTRAIT of LISA GHERARDINI, WIFE of FRANCESCO del GIOCONDO dan menjadi ciri-ciri istimewa pada Musee du Louvre di Paris.
Pada era Revolusi Perancis lukisan itu dipindahkan dari Louvre dan Napoleon menempatkannya di dalam bilik tidur untuk waktu yang singkat sebelum dikembalikan ke Louvre.

Pada awalnya lukisan Mona Lisa tidaklah terlalu popular. Populariti Mona Lisa melonjak pada pertengahan abad ke -19 kerana simbolisme gerakan gander, lukisan itu dianggap semacam mewakili simbol mistik femininisme zaman itu.

Adakah Mona Lisa potret Leonardo sendiri?
 MONA LISA menjadi terkenal kerana ekspresi wajahnya, senyumannya penuh teka-teki dan penguasaan tona dan warna oleh da Vinci dalam lukisannya. Ada banyak metos, teori dan tafsiran berkaitan dengan lukisan yang membingungkan dunia ini. Banyak pengkritik dan peminat sejarah seni mendakwa bahawa Mona Lisa sebenarnya adalah potret da Vinci sendiri dalam bentuk feminin.
Teori ini berdasarkan perbandingan potret Self-Portrait 1512-1515 Leonardo dengan potret Mona Lisa. 

Kelihatan sepadan MUNGKINKAH?

 Selain dari metos, misterius, teori dan pelbagai tafsiran, sebahagian besar pencinta seni melihat makna di sebalik senyuman Mona Lisa dengan makna dan tafsiran yang berbeza-beza.

PADA tahun 1911,Mona Lisa pernah di curi dari Louvre. Sang pencuri bersembunyi di dalam peti sapu sehingga muzium ditutup, kemudian mencuri lukisan itu dan menyorokkannya di dalam jaket yang dipakai sebelum berjalan keluar ikut pintu hadapan. Eduardo de valfierno adalah dalang kecurian. Dia merancang untuk membuat salinan tiruan sama seperti yang asli dan menjualnya sebagai lukisan yang asli. Akhirnya pada tahun 1913,dia tertangkap ketika cuba menjual lukisan asal kepada seorang peniaga hasil seni di Florence.   PGGP

RINGKASAN MENGENAI LEONARDO DA VINCI :

Leonardo di Ser Piero da Vinci, lahir pada 15 April 1452 di Vinci kini wilayah Florence, Itali. Meninggal dunia pada 2 May 1519 ketika berusia 67 tahun di Amboise, Touraine kini Indre-et-Loire, Perancis.

Leonardo di ser Piero 1452-1519

Self- Portrait in red chalk 1512-1515

 Beliau terkenal sebagai seorang Polymath Itali ; pelukis, pengarca, pemuzik, ilmuwan, jurutera, inventor, ahli matematik, ahli geologi, ahli anatomi, ahli botani, cartographer dan penulis.
Leonardo sering di gambarkan sebagai pola dasar dari Renaissance Man. Seorang yang punya 'RASA INGIN TAHU TAK TERPENDAMKAN' dan 'IMAGINATIF MEMBUAK-BUAK'. Beliau dgn meluas dianggap sebagai salah seorang pelukis agung sepanjang zaman dan mungkin antara orang yang paling diversely atau mempunyai pelbagai jenis bakat yang pernah hidup.
Antara hasil kerja seni Leonardo yang dianggap MASTERPIECE adalah Mona Lisa, The Last Supper, The Vitruvian Man dan ISABELLA d'ESTE.

Isabella d'Este
 sumber : http://ayie-puteragahara.blogspot.com/2011/03/mona-lisa-la-gioconda-dan-leonardo-di.html


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Categories

Diberdayakan oleh Blogger.

Followers

My Pict ^^

My Pict ^^
I Love Drawing

ahihi :D

ahihi :D
Drawing apa BBM an? :p

- Copyright © Sketsa Wajah -Coretan Nuna- Powered by bijak berkata - Edited by me Listya -