ABOUT DRAWING

ABOUT DRAWING
Posted by : Sketsa Wajah Sabtu, 16 Juli 2011

Malam ini,, tanggal 16 Juli 2011,,,adalah malam Nisfu Sa'ban,,,
Tahukah kawan apa itu malam Nisfu Sa'ban ??? Malam yang bermakana besar.....

           Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Muslim mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam karena tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Fadhilat Nisfu Syaaban

Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali selepas Sholat Maghrib
1. Yaasiin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
2. Yaasiin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
3. Yaasiin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

Dan ada lagi infrmasi mengenai Malam Nisfu Sa'ban..

Diam tak diam rupanya kita telah berada di pertengahan bulan Syaaban. Maknanya dua minggu lagi kita berpuasa. Dan seperti tahun-tahun yang lalu pada pada malam tadi (Nisfu Syaaban) umat Islam berkumpul di masjid atau surau di antara Maghrib dan Isyak untuk membaca surah Yasin secara beramai-ramai.

kami membaca Yasin sebanyak tiga kali disertai niat agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan kuatkan iman dengan diiringi doa khusus.

Malam Nisfu Syaaban sangat istimewa berbanding malam lain kecuali malam Lailatul Qadr pada Ramadan. Pada malam Nisfu Syaaban, pintu keampunan dibuka untuk semua orang yang berbuat dosa kecuali dosa mensyirikkan Allah SWT dan menyimpan perasaan dendam.

Ini bersandarkan hadis yang diriwayatkan Ibn Hibban dan al-Tabrani daripada Muaz bin Jabal bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Allah SWT menurunkan rahmat kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, lalu ia mengampuni dosa-dosa mereka, kecuali orang musyrik dan yang menyimpan dendam." (Al-Muntaqa, 1/319, bil 533)

Walaupun ada yang mengatakan amalan membaca Yasin pada malam Nisfu Syaaban tidak pernah diajar Rasulullah SAW, tetapi ramai berpendapat tidak salah jika hendak membaca Surah Yasin secara beramai-ramai pada malam Nisfu Syaaban.

Seperti juga dengan tahlil, doa arwah, talkin, upacara potong jambul dan sebagainya ada yang berpendapat itu amalan bidaah tetapi masih juga dilakukan oleh umat Islam khususnya di negara kita kerana mereka berpendapat amalan itu boleh dilakukan.

Dari Sumber Berita di Koran

Banjarmasin (ANTARA News)- Ribuan umat Islam di Kota Banjarmasin, Provinsi Kalimantan Selatan (Kalsel) mengikuti ibadah malam nisfu sya`ban --menjelang tibanya bulan Ramadhan-- yang dilaksanakan hampir semua masjid dan surau yang ada di kota tersebut.

ANTARA News melaporkan bahwa yang mengikuti ibadah nisfu sya`ban di masjid tertua di kota ini, yaitu Masjid Jami Sungai Jingah Banjarmasin Utara, Sabtu malam melaporkan, ribuan jemaah mengikuti ibadah yang hanya setahun sekali tersebut.

Masjid yang berkontruksi kayu ulin (kayu besi) dan beton tersebut, tampak penuh sesak, sehingga jemaah memenuhi halaman bahkan menyita jalan raya.

Ibadah malam nisfu sa`ban di masjid tersebut dipimpin ulama muda kharismatik, KH Juhdi yang memimpin salat Magrib berjemaah dilanjutkan dengan pembacaan surat Yasin selama tiga kali.

Sebelum membaca surat Yasin secara bersama-sama ribuan jemaah itu, dilaksanakan doa meminta ampunan Allah SWT, serta dihapuskan segala dosa yang diperbuat, kemudian berdoa agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi keselamatan.

Doa lainnya meminta agar diampuni dosa para orang tua, tetangga, keluarga, serta dosa umat Islam Indonesia dan umat Islam di dunia.

Usai membaca surat Yasin tiga kali dilanjutkan dengan salat sunah Tasbih berjemaah selama dua kali dan salat Hajat.

Sementara itu, berdasarkan informasi yang dikumpulkan, ribuan jemaah juga memenuhi masjid terbesar Kalsel, Masjid Raya Sabilal Muchtadin, Masjid Noor, Masjid Jami Teluk Dalam, Masjid Sentra Antasari.

Berdasarkan kebiasaan umat Islam di Banjarmasin dan wilayah lain di Kalsel, selalu melaksanakan ibadah nisfu sya`ban.

Menurut pandangan umat Islam Kalsel, sepanjang tahun terdapat lima keutamaan yang cukup istimewa di sisi Allah SWT, yakni malam Jumat, malam Idulfitri, malam Iduladha, malam pertama bulan Rajab dan malam nisfu (pertengahan) bulan Sya`ban.

KH Juhdi mengatakan, Rasulullah Muhammad SAW dalam sabdanya kepada istrinya Aisyah RA, menerangkan keutamaan malam nisfu Sya`ban, yang merupakan malam mustajabah (dikabulkan) doa umat oleh Allah SWT.(*)
Dikesahkan bahawa satu hari Nabi Isa a.s berjalan-jalan maka ia terpandang sebuah gunung yang sangat besar maka beliau pun mendakinya sehingga sampai pada sebuah batu yang sangat putih, lebih putih dari warna susu
Apabila Nabi Isa a.s melihat batu itu, ia sangat kagum sehingga ia berpusing-pusing mengelilingi batu tersebut. Kemudian Allah s.w.t mewahyukan kepada beliau “Wahai Isa, adakah kamu mahu kalau aku tunjukkan yang lebih indah dan yang lebih mengkagumkan dari ini?”
Maka berkata nabi Isa a.s. “ Ya, aku hendak melihatnya”. Setelah nabi Isa a.s berkata demikian maka Allah s.w.t. pun memecahkan batu yang besar itu dan sebaik sahaja batu itu pecah maka kelihatan seorang tua berjubah putih sedang solat, di sisinya ada sebatang tongkat dan setangkai buah anggur.
Apabila nabi Isa a.s melihat keadaan orang tua itu begitu rupa maka dia pun
bertanya “ Wahai Sheikh, apakah yang sedang kamu buat di sini ?”.
Berkata Sheikh “ Inilah rezekiku yang Allah beri setiap hari”. Nabi Isa a.s bertanya lagi “ Sejak berapa lama kamu beribadat di sini ?. Sheikh menjawab “ Aku sudah berada di sini selama 400 tahun”.
Kemudian nabi Isa a.s bermunajat kepada Allah s.w.t. “ Ya Allah !, adakah engkau telah mencipta sesuatu yang lebih hebat dari apa yang aku saksikan pada orang tua ini ?”.

Allah mewahyukan kepada nabi Isa a.s. “ Wahai Isa, kalaulah umat akhir zaman (umat nabi Muhammad s.a.w.) menjumpai bulan Syaaban maka mereka mengerjakan solat Baraah pada malam pertengahannya ( malam nisfu Syaaban), niscaya solat itu lebih baik daripada ibadah hambaku ini selama 400 tahun”.

Kemudian nabi Isa a.s berkata “Alangkah bahagianya diriku ini sekiranya
aku dapat menjadi umat nabi akhir zaman”. ( umat nabi Muhammad s.a.w).

1.
2.
3. Mohon taubat dan keampunan diri
4. Membaca Al-Quran
5. Membaca Tasbih seperti:
6. Membaca Selawat kepada Nabi

4- KELEBIHAN BULAN SYAABAN (Rujuk Slaid 9)
Maksud Hadith : Daripada Nabi Muhammad s.a.w, sesunggguhnya bersabda: “Keistimewaan Bulan Syaaban adalah mengatasi segala bulan, sebagaimana keistimewaan para nabi dan Bulan Ramadhan adalah mengatasi keistemawan segala bulan. Sebagaimana Allah memberi keistimewaan kepada hamba-Nya”

1. Sabda Nabi s.a.w. Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu
padanya, kerana kebaikan bulan Syaaban atas segala bulan adalah seperti
kelebihanku atas kamu. Al-Hadith

2. Barang siapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan oleh
Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan kepada nabi
Allah Yusuf a.s di dalam syurga , diberi pahala oleh Allah seperti
pahala nabi Allah Ayub dan nabi Daud. Jika sempurnakan puasanya sebulan
dalam bulan Syaaban , dimudahkan baginya oleh Allah Sakaratul Maut dan
ditolak baginya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan baginya huru-hara
Munkar dan Nakir, ditutup oleh Allah keaibannya di hari kiamat dan
diwajibkan ke atasnya syurga. Al-Hadith

3. Barang siapa berpuasa pada awal hari Khamis dalam bulan Syaaban dan
akhir hari Khamis dalam bulan itu., dimasukkan dia ke dalam syurga. .
Al- Hadith

4. Berkata Siti Aisyah r.a. Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w
ialah bulan Syaaban. . Al-Hadith

5. Sabda Nabi s.a.w. Syaaban adalan bulanku dan Ramadhan adalah bulan
umatku. Syaaban ialah mengkifarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan
ialah menyucikannya (rohani dan jasmani) . Al-Hadith 3

6. Sabda Nabi s.a.w. Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan.
Siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Syaaban kemudian dia
berselawat kepadaku beberapa kali sebelum berbuka, maka diampunkan oleh
Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezeki baginya. Dan berkata
Rasululah s.a.w lagi bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu 300
pintu rahmat. Al-Hadith

Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban enam
golongan manusia:
a. Orang yang kekal minum arak
b. Orang yang durhaka kepada ibu bapa
c. Orang yang kekal dalam zina
d. Orang yang banyak berkelahi
e. Orang yang bersumpah palsu dalam jualannya
f. Orang yang mengadu domba
7.

Riwayat daripada Abil ‘Asi. Sabda Rasulullah s.a.w. Pada malam Nisfu Syaaban setelah berlalu 1/3 malam Allah Taala turun ke langit dunia lalu berfirman; Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya. Adakah orang-orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya. Adakah orang-orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya
dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki dan perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Al-Hadith

8. Sabda Nabi s.a.w. Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lain
seperti kelebihan Al-Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas
bulan-bulan yang lain seperti kelebihanku atas segala ambia’. Kelebihan
Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala
makhluknya. Al-Hadith

9. Bulan Syaaban, keagungan malamya pada malam Nisfu Syaaban seperti mana
keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya dan keagungan Ramadhan
dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah
datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata; Angkatlah kepalamu
ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya 300 rahmat dan
diampunkan sekalian orang yang tiada menyekutukannya (syirik) denganNya
sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan
derhaka terhadap ibu bapa. Al-Hadith

10. Sabda Nabi s.a.w. Allah menilik hambanya dimalam Nisfu Syaaban maka
diampunkan segala dosa makhluknya melainkan dosa orang syirik dan dosa
orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.

Semoga dari penjelasan di atas kita senantiasa berada dalam golongan orang orang yang beruntung dan selalu mendapat ridho dan ampunan Allah,, Amiinnn....

Selamat Berlomba menghabiskan Malam Nisfu Sa'ban dengan amalan dan doa doa kawan..... !!!

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Categories

Diberdayakan oleh Blogger.

Followers

My Pict ^^

My Pict ^^
I Love Drawing

ahihi :D

ahihi :D
Drawing apa BBM an? :p

- Copyright © Sketsa Wajah -Coretan Nuna- Powered by bijak berkata - Edited by me Listya -